Category: ~GE2153~


BAHAN BANTU MENGAJAR

Selain daripada menggunakan teknologi seperti power point, video dan lagu sebagai bahan bantu mengajar, seorang guru juga hendaklah kreatif mencari buah fikiran bagi menghasilkan bahan bantu mengajar tidak elektronik yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Kebiasaannya, seorang guru akan menggunakan kad manila, kertas mahjong dan gambar sebagai bahan bantu mengajar mereka. Pada kali ini, saya telah membuat satu jadual berkala yang boleh membantu pelajar untuk menghafal jadual tersebut.

VIDEO TEKNOLOGI

Bertepatan dengan tugasan individu dalam mata pelajaran Teknologi Pendidikan ini, di sini saya lampirkan bersama video-video yang telah saya cari yang bertepatan dengan teknologi pada era ini. Video-video ini juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas pada masa akan datang kerana bahan ini mampu menarik minat pelajar dan memudahkan proses pemahaman mereka.

‘Pop Rocks Mythbuster’

‘Superheated Steam;

‘Liquid Light’

‘Skewer Through Ballon’

‘Homemade Electric Motor’

‘Wind Turbine’

‘Newton Beads’

‘Microwave Ivory Soap’

‘Fire Water Ballon’

‘Giant Bubble Maker’

KULIT BUKU

Salah satu tugasan di dalam mata pelajaran Teknologi Pendidikan ialah saya dikehendaki mereka satu contoh kulit buku yang berkisar tentang sains. Berikutan dengan itu, saya telah memilih tajuk ‘Mystery Behind the Milky Way’ Seperti yang semua orang telah maklum, kita berada di dalam satu galaksi yang diberi nama Galaksi Bima Sakti. Namun sebenarnya masih banyak lagi yang terdapat di alam semesta. Galaksi yang kita diami ini hanyalah satu sahaja galaksi daripada semua galaksi yang ada. Kita mungkin tidak pernah terfikir bahawa selain kta, masih ada lagi perkara lain yang berada di luar sana. Buku ini akan merungkaikan semuanya tentang perkara yang kita tidak pernah terfikir selama ini dan sekaligus menunjukkan betapa hebat dan besarnya ciptaan Allah ini. Kita hanyalah makluknya yang kerdil yang menumpang hidup di duniaNya.

REFLEKSI 10

Pada minggu ini hanya kelas tutorial yang dapat dijalankan kerana pensyarah yang sepatutnya mengendalikan kelas ini iaitu Dr. Arif mempunyai kerja di luar. Namun terdapat satu tugasan yang diberikan iaitu setiap pelajar dikehendaki mengumpul 10 gambar yang berkaitan dengan pengkhususan masing-masing dan perlu ditinggal di komputer yang terdapat di dewan kuliah.

Bagi kelas tutorial pula, sesi pembentangan masih lagi berjalan dan pada minggu ini hanya dua orang pelajar yang sempat untuk mempersembahkan hasil kerja mereka iaitu seorang wakil dari pendidikan khas dan saya bagi mewakili pendidikan Sains. Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui sebarang kesilapan yang saya lakukan dalam setiap tugasan yang diberikan. Pembentangan ini menjadikan saya lebih yakin dengan hasil kerja yang saya lakukan dan seterusnya mampu menjadikan saya lebih berani untuk ke hadapan. Segala komen atau cadangan penambahbaikkan boleh dijadikan sebagai panduan bagi membuat pembetulan terhadap tugasan tersebut.

TEKNOLOGI ZAMAN KINI

BLUETOOTH BEBAS TANGAN
Ini adalah barangan elektronik tangan paling cerdas yang belum pernah kita lihat sebelum ini. Cermin ini turut disediakan dengan kemudahan mikrofon, ­maka tidak diperlukan lagi sebarang aksesori tambahan yang tidak berguna di kereta. Turut disediakan juga, ID pemanggil yang ditunjukkan tepat di cermin dalam bentuk LED merah yang ternyata memberikan kereta tersebut fesyen futuristik yang sangat menarik. Cermin itu sendiri dicipta mempunyai kelebihan anti-silau dan mic yang disediakan lengkap dengan teknologi pengurangan bunyi.

GSM PENGINTIP SUARA 2 HALA
GSM pengintip suara dua hala ini akan membuat panggilan kepada anda dari mana sahaja di dunia ini apabila alatan ini dapat mengesan suara di sekitarnya. Dengan hanya memasukkan kad SIM GSM dan memprogramkan ke nombor telefon yang dikehendaki untuk membuat panggilan kembali. Menghantar mesej yang mengandungi huruf pengaktifan sebagaimana yang dinyatakan di dalam manual pengguna nombor telefon anda dan alatan ini sudah sedia untuk digunakan. GSM pengintip suara ini adalah peranti yang menyokong empat frekuensi GSM global standard iaitu 850MHz, 900MHz, 1800MHz, dan 1900MHz, maka anda akan yakin bekerja di mana sahaja di seluruh dunia. Peranti audio dua hala ini dilengkapi dengan suiz manual yang terletak di sebelah slot kad SIM. Beralih ke pilihan (A) hanya membenarkan anda untuk membuat panggilan ke alat pengintip audio dan mendengar perbualan yang sedang dikesan. Pilihan (B) membolehkan alat pengintip audio ini membuat panggilan kepada anda apabila peranti ini mengesan bunyi atau jika terdapat sesiapa yang bercakap sementara masih membolehkan anda untuk memanggil peranti tersebut dan mendengar siapa yang sedang berbicara. Ciri-ciri ini membuatkan alatan ini jauh lebih maju daripada peralatan audio yang lain yang berada di pasaran pada hari ini.
GM-09 adalah peralatan pengintipan yang bertaraf dunia, menggunakan teknologi kejuruteraan Jerman dan China untuk memberi kepada pengguna peralatan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

KAMERA MINI PINTAR
Dilengkapi dengan fungsi snapshot dan kamera ini akan menyimpan gambar dalam bentuk mosaics. Kamera ini turut dilengkapi dengan fungsi Real Time Clock (RTC) dan
fungsi Voice Operated Exchange (VOX) untuk memudahkan proses pemantauan. Di samping itu, turut disediakan aksesori tambahan seperti klip, pin dan aksesoris lain.
Kamera ini memberi kualiti video dan audio yang lebih baik. Kelajuan yang dinamik dalam rakaman menjadikan suatu kerja menjadi mudah dan cepat. Penunjuk dua cahaya iaitu warna merah dan hijau yang disediakan pada kamera ini memudahkan lagi pengguna kamera ini. Bateri kamera ini juga mampu bertahan lama. Kamera ini sangat cepat memberi tindak balas terhadap cahaya. Saiz kamera yang hanya sebesar ibu jari ini memudahkan para pengguna untuk membuat rakaman. Kamera yang disediakan dilengkapi dengan fungsi kamera PC memudahkan e-life. Kamera ini turut dilengkapi dengan format video AVI untuk memudahkan pratonton di PC atau dimuat naik ke laman web video.
Pencahayaan rendah dan resolusi gambar yang tinggi dengan 2000K piksel adalah antara ciri-ciri kamera ini. Rakaman video menggunakan kamera ini mampu bertahan selama 2.5 jam dan mampu bertahan selama 250 jam dengan model VOX. Turut disediakan kad memori 8G.
Sudut pandangan yang luas mampu menyokong rakaman video dari pelbagai arah. Kamera ini sangat fleksibel untuk pemasangan semua jenis persekitaran. Kamera ini hadir dalam tiga warna iaitu warna hitam, merah, silver.

JAM HANDPHONE WATERPROFF

Jam ini bersaiz 1.5 inci dan dilengkapi dengan LCD skrin sesentuh berwarna 26k.
Jam ini turut dilengkapi dengan GPRS/WAP 2.0, bluetooth dan kamera 1.3MP. Jam ini mampu bertahan selama 220 jam dan sehingga 250 minit masa bual. Kamera ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dilengkapi dengan input tulisan tangan. Terdapat barangan percuma yang disediakan iaitu TF kad berkapasiti 1GB dan boleh mencecah hingga 2GB.

KATIL ROBOTIK

Syarikat elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda. Katil robotik ini  membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya. Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar. Berikutan daripada inilah yang mencetuskan idea kepada pihak Panasonic untuk menghasilkan ciptaan ini.

KERETA MOBILITI

Syarikat pemotoran, Honda Motor Co baru-baru ini telah mempertontonkan peranti mobiliti peribadi terbarunya yang dinamakan U3-X. Peranti berbentuk kenderaan itu telah didedahkan kepada umum pada satu majlis di ibu pejabat syarikat tersebut di Tokyo, Jepun. U3-X boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer sejam. U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional. Dengan itu, ia boleh melaraskan kelajuan dan pergerakan untuk mengubah haluan dan berhenti pada kesemua arah. Kereta mobiliti ini mempunyai ketinggian 65 sentimeter dan mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram.

KUNCI KERETA MERCEDES BENZ
Remote kunci kereta Mercedes Benz berkamera telah diubah suai dengan rekaan ultra-portable yang unik, yang oleh digunakan di mana sahaja. Kunci Remote Kereta Mercedes Benz berkamera membawa lebih banyak keselesaan, keselamatan dan keseronokan dalam kehidupan seharian. Bentuk yang kecil, rekaan yang menarik dan mesra pengguna adalah antara ciri-ciri penarik kunci kereta ini. Penggunaan kunci kereta ini mampu menjadikan kehidupan lebih selamat, selesa dan seronok terutamanya bagi rangkaian video. Alatan ini boleh digunakan bagi tujuan video secara langsung atau tidak lansung dan video komersial atau monitor. Kunci kereta ini boleh digunakan sebagai bukti video/pemantauan bagi satu pihak dan mampu menyebarkan rakaman atau pemantauan.

TETIKUS PENGINTIP

Tetikus ini boleh digunakan sebagai tetikus pc. Tetikus ini mudah dikendalikan kerana sim kad boleh diletakkan di dalamnya dengan hanya membuka penutup di belakangnya. Terdapat juga mikrofon bersensitiviti tinggi dan mempunyai ruangan bagi kad SIM. Kad sim ini boleh digunakan tanpa memerlukan nombor pin. Tetikus ini dibina dengan bateri li-on yang boleh dicas semula. Turut dilengkapi dengan USB kaedah pengisian semula bagi memudahkan penggunaannya dan tetikus ini boleh digunakan sambil dicas.

PEMBAKAR ROTI

Syarikat pengeluar barangan elektronik,  Sanyo telah melancarkan  produk baru mereka iaitu periuk yang boleh menukarkan beras menjadi sebuku roti dalam masa 4 jam. Periuk  tersebut akan mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian mengadunnya dengan bahan-bahan seperti air  dan ragi untuk membuat roti sebelum siap  di bakar menjadi roti. Harga bagi mesin unik ini ialah antara AS$560 sehingga AS$670.

PEN MINI 5 DALAM 1
Pen ini adalah salah satu alatan terbaik yang berada di pasaran. Kamera pengintip yang terdapat pada pen ini adalah salah satu kamera yang terkecil di dunia yang turut digunakan di dalam filem James Bond. Pen ini turut dilengkapi dengan mikrofon yang membolehkannya untuk merakam suara di sekitar 15’ bersama-sama dengan rakaman digital yang jelas. Gambar yang diambil ini boleh dikumpulkan secara diam-diam dan seterunya mampu membantu polis dan mahkamah untuk mendapatkan bukti dalam beberapa situasi yang tidak biasa. Dengan sentuhan satu butang, kamera ini akan mula merakam secara diam-diam dan diakhiri dengan menekan butang itu sekali lagi atau apabila memori sudah penuh. Namun, dengan kad flash 4GB yang disediakan, para pengguna tidak perlu risau walaupun bagi seorang detektif. Setelah data yang direkodkan dalam format AVI, cukup dengan hanya menyambungkan USB dari pen ke sebarang komputer atau komputer riba dan memainkan fail video dalam Windows Media atau perisian yang lain.

REFLEKSI 9

Pada minggu lepas, setiap pelajar dikehendaki untuk membentangkan segala tugasan yang telah diberikan seperti 10 gambar teknologi bersama penerangan, 10 video dan satu rekaan kulit buku. Pembentangan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk membuat penambahbaikkan terhadap tugasan mereka sebelum dihantar. Namun pada minggu ini hanya tiga pembentangan yang dapat dilakukan. Melalui pembentangan itu, pelajar lain turut dapat membuat penambahbaikkan terhadap tugasan masing-masing

Kuliah pada minggu lepas telah membincangkan tentang penyampaian berkesan. Kaedah amat diperlukan oleh seorang pendidik bagi memastikan setiap pelajar memahami apa yang diajar dan diberitahu di dalam kelas. Penyampaian yang dilakukan hendaklah mudah difahami, menarik didengar, memberi ilmu baru kepada setai pelajar, dapat membangkitkan emosi pelajar, dapat memberi impak terhadap pemikiran para pelajar dan interaktif. Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran seperti model face-to-face dan model 4 peringkat. Namun perbincangan pada minggu ini masih lagi belum tamat dan akan diteruskan pada minggu yang seterusnya.

BIODATA DIRI

NAMA                          :           W NOR IZZATI BINTI WAN MOHD NORSANI

NO MATRIK             :           A 126812

PROGRAM                :           PENDIDIKAN KIMIA

TAHUN PENGAJIAN          :           TAHUN 2

SESI PENGAJIAN  :           SEM 2, 2010/2011

HARI, MASA DAN TEMPAT TUTORIAL            :           JUMAAT,

9 PAGI – 11 PAGI

LAB 4

ALAMAT KOLEJ   :           KOLEJ PENDETA ZA’BA

ALAMAT KG           :         KUALA TERENGGANU

REFLEKSI 8

Pada minggu ini, kelas tutorial telah dibatalkan bagi memberi ruang kepada kami untuk menyiapkan video yang perlu dilakukan. Segala bahan dan peralatan bagi membuat video tersebut telah disediakan. Pada minggu ini, kami memulakan proses ‘pengeditan’ video. Dalam proses ini, kami telah memotong dan mencantum video dan gambar yang telah diambil bagi menghasilkan video yang menarik. Selain itu, kami turut menambah memasukkan suara, lahu dan sarikata ke dalam video tersebut. Proses ini amat memerlukan kesabaran dan yang paling penting adalah kemahiran kerana proses ini adalah proses yang paling sukar dan perlu mengeluarkan idea bagi menghasilkan satu video yang menarik.

Di dalam kuliah, kami telah diterangkan tentang ‘Strategi yang Membina dalam Mengintegrasikan Teknologi dan Media’. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang dapat digunakan di dalam kelas iaitu persembahan, demonstrasi, latih-tubi, tutorial atau latihan, perbincangan, pembelajarn kooperatif, permainan, simulasi, penemuan dan penyelesaian masalah. Setiap strategi yang digunakan mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka yang tersendiri. Selepas itu, penambahbaikkan bagi strategi yang digunakan turut dibincangkan. Selain itu, terdapat tiga jenis strategi yang kebiasaannya digunakan iaitu berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan pembelajaran kreatif.

PENGAMBARAN

Pada 9 Mac y lalu, saya dan rakan-rakan telah memulakan proses rakaman video iaitu tugasan kumpulan nagi subjek Teknologi Pendidikan. Walaupun kami bergerak dengan kekurangan seorang ahli kumpulan akibat masalah kesihatan, proses tersebut berjalan dengan lancar.

Kami telah berkumpul di gazebo FPend pada jam 10 pagi. Di sana kami telah memeriksa sekali lagi peralatan yang diperlukan untuk memulakan pembikinan video kami ini. Kami telah berbincang untuk mambuat sebuah video tentang keinginan seorang budak untuk pergi ke bulan. Video ini meliputi tentang budak tersebut dan cara-cara untuk melakukan contoh roket.

Setiap ahli kumpulan telah diberikan tugasan masing-masing. Terdapat beberapa ahli kumpulan untuk melakonkan babak yang diperlukan dalam video kami manakala yang selainnya ditugaskan untuk membuat roket tersebut. Walaupun pada asalnya, saya beranggapan bahawa proses ini hanya mengambil masa yang singkat. Namun ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Hampir suku hari telah kami korbankan untuk menyiapkan video ini. Keadaan ini tidak termasuk lagi dengan proses untuk mebuat penambahbaikkan video tersebut.

REFLEKSI 7

Pada minggu ini, saya telah diajar tentang cara-cara untuk membuat borang soal selidik. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam menyediakan suatu borang soal selidik. Sebelum membuat borang tersebut, kita hendaklah mempunyai objektif kajian. Borang ini hendaklah dibahagikan mengikut jumlah objektif yang hendak dikaji. Satu bahagaian mewakili satu objektif dan satu bahagian itu hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10 soalan. Bahagian A hendaklah berkitar tentang maklumat diri responden.

Saya juga telah diajar tentang teknik fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ramai yang tidak menyedari bahawa teknik fotografi adalah satu teknik yang amat menarik dan mudah yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar. Terpulang kepada guru itu sendiri tentang bagaimana cara untuk menggunakan gambar tersebut dalam proses pengajaran dan menjadikannya lebih menarik.