PADA MALAM INI AKAN BERLAKUNYA KEJADIAN GERHANA BULAN. KEJADIAN INI BERLAKU APABILA BULAN MELALUI SEBAHAGIAN DARIPADA BAYANG-BAYANG BUMI. KEJADIAN INI CUMA BOLEH BERLAKU KETIKA BULAN PURNAMA DAN APABILA MATAHARI, BUMI DAN BULAN TERJAJAR PADA SATU BARISAN YANG SAMA, ATAU SANGAT-SANGAT HAMPIR. KEJADIAN INI ADALAH SATU LAGI KEAJAIBAN YANG BERLAKU DENGAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T. BETAPA HEBATNYA KUASA YANG DIMILIKI OLEH NYA.

KETIKA BERLAKUNYA KEJADIAN GERHANA BULAN INI, SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA DISUNATKAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA ATAU SOLAT SUNAT KUSUF SEBANYAK DUA RAKAAT DAN SOLAT SUNAT PULA DIKERJAKAN SECARA BERJEMAAH. WAKTU MENGERJAKAN SOLAT SUNAT KUSUF INI ADALAH SEJAK MATAHARI MULA GERHANA SEHINGGA TERANG SEMULA SEPENUHNYA. SEKIRANYA MATAHARI TERBENAM DALAM KEADAAN MASIH GERHANA, MASA SOLAT KUSUF HABIS DENGAN TERBENAMNYA ITU.

LAFAZ NIAT : “SAHAJA AKU SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DUA RAKAAT MENJADI MAKMUM KERANA ALLAH

SOLAT SUNAT KUSUF INI TERDIRI DARIPADA DUA RAKAAT. SETIAP RAKAAT DUA QIYAM (BERDIRI), DUA KALI FATIHAH, DUA RUKUK DAN DUA SUJUD. JADI SETELAH MEMBACA FATIHAH DAN SURAH PADA RAKAAT PERTAMA TERUS RUKUK, BAGUN DARI RUKUK, BERDIRI, TERUS MEMBACA FATIHAH YANG KEDUA DAN JUGA SURAH. SETERUSNYA RUKUK, BANGUN DARI RUKUK DAN TERUS SUJUD DUA KALI SEPERTI BIASA. SETELAH ITU BERDIRI UNTUK RAKAAT KEDUA, BACA FATIHAH DAN SURAH, RUKUK, BAGUN DARI RUKUK, FATIHAH DAN SURAH, RUKUK, BANGUN DARI RUKUK DAN TERUS SUJUD SEPERTI BIASA. DENGAN ITU SOLAT KUSUF ITU TERDIRI DARI 4 KALI FATIHAH, 4 RUKUK, 4 BERDIRI, 4 SUJUD DAN SATU SALAM.