Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Bersempena dengan minggu peperiksaan yang bermula pada hari ini, saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan yang akan berlansung selama lebih kurang tiga minggu ini. Semoga semua akan berjaya dan Allah akan mempermudahkan segalanya di dalam peperiksaan nanti. Bersempena dengan minggu peperiksaan ini juga, saya ingin memohon maaf jika saya telah membuat saudara atau saudari terasa hati atau tersinggung perasaan. Saya hanya insan yang lemah yang pasti akan melakukan kesilapan di atas setiap perkara yang dilakukan. Semoga Allah membantu kita menggapai kejayaan di dalam pelajaran dan menggembirakan hati orang tua yang tersayang. AMIN….