Pada minggu ini hanya kelas tutorial yang dapat dijalankan kerana pensyarah yang sepatutnya mengendalikan kelas ini iaitu Dr. Arif mempunyai kerja di luar. Namun terdapat satu tugasan yang diberikan iaitu setiap pelajar dikehendaki mengumpul 10 gambar yang berkaitan dengan pengkhususan masing-masing dan perlu ditinggal di komputer yang terdapat di dewan kuliah.

Bagi kelas tutorial pula, sesi pembentangan masih lagi berjalan dan pada minggu ini hanya dua orang pelajar yang sempat untuk mempersembahkan hasil kerja mereka iaitu seorang wakil dari pendidikan khas dan saya bagi mewakili pendidikan Sains. Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui sebarang kesilapan yang saya lakukan dalam setiap tugasan yang diberikan. Pembentangan ini menjadikan saya lebih yakin dengan hasil kerja yang saya lakukan dan seterusnya mampu menjadikan saya lebih berani untuk ke hadapan. Segala komen atau cadangan penambahbaikkan boleh dijadikan sebagai panduan bagi membuat pembetulan terhadap tugasan tersebut.