Lebih baik menggunakan ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan – “Assalamualaikum” dan menjawab salam dengan ucapan- “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, cara menjawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu didengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh sahaja. Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan. Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Kebiasaannya kita akan menggunakan perkataan ”A’kum” dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran orang Yahudi untuk orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang hendaklan ditukar penggunaan perkataan “A’kum“ kepada “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope. Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.