Pada minggu ini, saya telah diajar tentang cara-cara untuk membuat borang soal selidik. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam menyediakan suatu borang soal selidik. Sebelum membuat borang tersebut, kita hendaklah mempunyai objektif kajian. Borang ini hendaklah dibahagikan mengikut jumlah objektif yang hendak dikaji. Satu bahagaian mewakili satu objektif dan satu bahagian itu hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10 soalan. Bahagian A hendaklah berkitar tentang maklumat diri responden.

Saya juga telah diajar tentang teknik fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ramai yang tidak menyedari bahawa teknik fotografi adalah satu teknik yang amat menarik dan mudah yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar. Terpulang kepada guru itu sendiri tentang bagaimana cara untuk menggunakan gambar tersebut dalam proses pengajaran dan menjadikannya lebih menarik.