Archive for March, 2011


BAHAN BANTU MENGAJAR

Selain daripada menggunakan teknologi seperti power point, video dan lagu sebagai bahan bantu mengajar, seorang guru juga hendaklah kreatif mencari buah fikiran bagi menghasilkan bahan bantu mengajar tidak elektronik yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Kebiasaannya, seorang guru akan menggunakan kad manila, kertas mahjong dan gambar sebagai bahan bantu mengajar mereka. Pada kali ini, saya telah membuat satu jadual berkala yang boleh membantu pelajar untuk menghafal jadual tersebut.

KELEBIHAN PERKATAAN BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘ BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ‘ yang bermaksud ‘ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ‘KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud berkata: ‘Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari’

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Bertepatan dengan tugasan individu dalam mata pelajaran Teknologi Pendidikan ini, di sini saya lampirkan bersama video-video yang telah saya cari yang bertepatan dengan teknologi pada era ini. Video-video ini juga boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas pada masa akan datang kerana bahan ini mampu menarik minat pelajar dan memudahkan proses pemahaman mereka.

‘Pop Rocks Mythbuster’

‘Superheated Steam;

‘Liquid Light’

‘Skewer Through Ballon’

‘Homemade Electric Motor’

‘Wind Turbine’

‘Newton Beads’

‘Microwave Ivory Soap’

‘Fire Water Ballon’

‘Giant Bubble Maker’

CINTA REMAJA DAKWAH

Antara perkara yang sering dibawa berbincang pada hari ini ialah persoalan cinta. Dalam era  yang serba canggih ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”Islamik”kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama “ana – anta dan ana – anti”.

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal’iyadhubillah…

Terdapat juga fenomena apabila seorang siswi diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi..”.sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Terdapat juga kes, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jemaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jemaah” dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70’an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukhuwwah fillah” menjadi “camouflagde” ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang senior yang sedang menuntut di suatu IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan “ukhuwwah fillah” menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70’an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya”nya, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut “Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”.

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau sudah ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Biarlah para pembaca  membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

KULIT BUKU

Salah satu tugasan di dalam mata pelajaran Teknologi Pendidikan ialah saya dikehendaki mereka satu contoh kulit buku yang berkisar tentang sains. Berikutan dengan itu, saya telah memilih tajuk ‘Mystery Behind the Milky Way’ Seperti yang semua orang telah maklum, kita berada di dalam satu galaksi yang diberi nama Galaksi Bima Sakti. Namun sebenarnya masih banyak lagi yang terdapat di alam semesta. Galaksi yang kita diami ini hanyalah satu sahaja galaksi daripada semua galaksi yang ada. Kita mungkin tidak pernah terfikir bahawa selain kta, masih ada lagi perkara lain yang berada di luar sana. Buku ini akan merungkaikan semuanya tentang perkara yang kita tidak pernah terfikir selama ini dan sekaligus menunjukkan betapa hebat dan besarnya ciptaan Allah ini. Kita hanyalah makluknya yang kerdil yang menumpang hidup di duniaNya.

REFLEKSI 10

Pada minggu ini hanya kelas tutorial yang dapat dijalankan kerana pensyarah yang sepatutnya mengendalikan kelas ini iaitu Dr. Arif mempunyai kerja di luar. Namun terdapat satu tugasan yang diberikan iaitu setiap pelajar dikehendaki mengumpul 10 gambar yang berkaitan dengan pengkhususan masing-masing dan perlu ditinggal di komputer yang terdapat di dewan kuliah.

Bagi kelas tutorial pula, sesi pembentangan masih lagi berjalan dan pada minggu ini hanya dua orang pelajar yang sempat untuk mempersembahkan hasil kerja mereka iaitu seorang wakil dari pendidikan khas dan saya bagi mewakili pendidikan Sains. Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui sebarang kesilapan yang saya lakukan dalam setiap tugasan yang diberikan. Pembentangan ini menjadikan saya lebih yakin dengan hasil kerja yang saya lakukan dan seterusnya mampu menjadikan saya lebih berani untuk ke hadapan. Segala komen atau cadangan penambahbaikkan boleh dijadikan sebagai panduan bagi membuat pembetulan terhadap tugasan tersebut.

TEKNOLOGI ZAMAN KINI

BLUETOOTH BEBAS TANGAN
Ini adalah barangan elektronik tangan paling cerdas yang belum pernah kita lihat sebelum ini. Cermin ini turut disediakan dengan kemudahan mikrofon, ­maka tidak diperlukan lagi sebarang aksesori tambahan yang tidak berguna di kereta. Turut disediakan juga, ID pemanggil yang ditunjukkan tepat di cermin dalam bentuk LED merah yang ternyata memberikan kereta tersebut fesyen futuristik yang sangat menarik. Cermin itu sendiri dicipta mempunyai kelebihan anti-silau dan mic yang disediakan lengkap dengan teknologi pengurangan bunyi.

GSM PENGINTIP SUARA 2 HALA
GSM pengintip suara dua hala ini akan membuat panggilan kepada anda dari mana sahaja di dunia ini apabila alatan ini dapat mengesan suara di sekitarnya. Dengan hanya memasukkan kad SIM GSM dan memprogramkan ke nombor telefon yang dikehendaki untuk membuat panggilan kembali. Menghantar mesej yang mengandungi huruf pengaktifan sebagaimana yang dinyatakan di dalam manual pengguna nombor telefon anda dan alatan ini sudah sedia untuk digunakan. GSM pengintip suara ini adalah peranti yang menyokong empat frekuensi GSM global standard iaitu 850MHz, 900MHz, 1800MHz, dan 1900MHz, maka anda akan yakin bekerja di mana sahaja di seluruh dunia. Peranti audio dua hala ini dilengkapi dengan suiz manual yang terletak di sebelah slot kad SIM. Beralih ke pilihan (A) hanya membenarkan anda untuk membuat panggilan ke alat pengintip audio dan mendengar perbualan yang sedang dikesan. Pilihan (B) membolehkan alat pengintip audio ini membuat panggilan kepada anda apabila peranti ini mengesan bunyi atau jika terdapat sesiapa yang bercakap sementara masih membolehkan anda untuk memanggil peranti tersebut dan mendengar siapa yang sedang berbicara. Ciri-ciri ini membuatkan alatan ini jauh lebih maju daripada peralatan audio yang lain yang berada di pasaran pada hari ini.
GM-09 adalah peralatan pengintipan yang bertaraf dunia, menggunakan teknologi kejuruteraan Jerman dan China untuk memberi kepada pengguna peralatan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

KAMERA MINI PINTAR
Dilengkapi dengan fungsi snapshot dan kamera ini akan menyimpan gambar dalam bentuk mosaics. Kamera ini turut dilengkapi dengan fungsi Real Time Clock (RTC) dan
fungsi Voice Operated Exchange (VOX) untuk memudahkan proses pemantauan. Di samping itu, turut disediakan aksesori tambahan seperti klip, pin dan aksesoris lain.
Kamera ini memberi kualiti video dan audio yang lebih baik. Kelajuan yang dinamik dalam rakaman menjadikan suatu kerja menjadi mudah dan cepat. Penunjuk dua cahaya iaitu warna merah dan hijau yang disediakan pada kamera ini memudahkan lagi pengguna kamera ini. Bateri kamera ini juga mampu bertahan lama. Kamera ini sangat cepat memberi tindak balas terhadap cahaya. Saiz kamera yang hanya sebesar ibu jari ini memudahkan para pengguna untuk membuat rakaman. Kamera yang disediakan dilengkapi dengan fungsi kamera PC memudahkan e-life. Kamera ini turut dilengkapi dengan format video AVI untuk memudahkan pratonton di PC atau dimuat naik ke laman web video.
Pencahayaan rendah dan resolusi gambar yang tinggi dengan 2000K piksel adalah antara ciri-ciri kamera ini. Rakaman video menggunakan kamera ini mampu bertahan selama 2.5 jam dan mampu bertahan selama 250 jam dengan model VOX. Turut disediakan kad memori 8G.
Sudut pandangan yang luas mampu menyokong rakaman video dari pelbagai arah. Kamera ini sangat fleksibel untuk pemasangan semua jenis persekitaran. Kamera ini hadir dalam tiga warna iaitu warna hitam, merah, silver.

JAM HANDPHONE WATERPROFF

Jam ini bersaiz 1.5 inci dan dilengkapi dengan LCD skrin sesentuh berwarna 26k.
Jam ini turut dilengkapi dengan GPRS/WAP 2.0, bluetooth dan kamera 1.3MP. Jam ini mampu bertahan selama 220 jam dan sehingga 250 minit masa bual. Kamera ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dilengkapi dengan input tulisan tangan. Terdapat barangan percuma yang disediakan iaitu TF kad berkapasiti 1GB dan boleh mencecah hingga 2GB.

KATIL ROBOTIK

Syarikat elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda. Katil robotik ini  membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya. Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar. Berikutan daripada inilah yang mencetuskan idea kepada pihak Panasonic untuk menghasilkan ciptaan ini.

KERETA MOBILITI

Syarikat pemotoran, Honda Motor Co baru-baru ini telah mempertontonkan peranti mobiliti peribadi terbarunya yang dinamakan U3-X. Peranti berbentuk kenderaan itu telah didedahkan kepada umum pada satu majlis di ibu pejabat syarikat tersebut di Tokyo, Jepun. U3-X boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer sejam. U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional. Dengan itu, ia boleh melaraskan kelajuan dan pergerakan untuk mengubah haluan dan berhenti pada kesemua arah. Kereta mobiliti ini mempunyai ketinggian 65 sentimeter dan mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram.

KUNCI KERETA MERCEDES BENZ
Remote kunci kereta Mercedes Benz berkamera telah diubah suai dengan rekaan ultra-portable yang unik, yang oleh digunakan di mana sahaja. Kunci Remote Kereta Mercedes Benz berkamera membawa lebih banyak keselesaan, keselamatan dan keseronokan dalam kehidupan seharian. Bentuk yang kecil, rekaan yang menarik dan mesra pengguna adalah antara ciri-ciri penarik kunci kereta ini. Penggunaan kunci kereta ini mampu menjadikan kehidupan lebih selamat, selesa dan seronok terutamanya bagi rangkaian video. Alatan ini boleh digunakan bagi tujuan video secara langsung atau tidak lansung dan video komersial atau monitor. Kunci kereta ini boleh digunakan sebagai bukti video/pemantauan bagi satu pihak dan mampu menyebarkan rakaman atau pemantauan.

TETIKUS PENGINTIP

Tetikus ini boleh digunakan sebagai tetikus pc. Tetikus ini mudah dikendalikan kerana sim kad boleh diletakkan di dalamnya dengan hanya membuka penutup di belakangnya. Terdapat juga mikrofon bersensitiviti tinggi dan mempunyai ruangan bagi kad SIM. Kad sim ini boleh digunakan tanpa memerlukan nombor pin. Tetikus ini dibina dengan bateri li-on yang boleh dicas semula. Turut dilengkapi dengan USB kaedah pengisian semula bagi memudahkan penggunaannya dan tetikus ini boleh digunakan sambil dicas.

PEMBAKAR ROTI

Syarikat pengeluar barangan elektronik,  Sanyo telah melancarkan  produk baru mereka iaitu periuk yang boleh menukarkan beras menjadi sebuku roti dalam masa 4 jam. Periuk  tersebut akan mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian mengadunnya dengan bahan-bahan seperti air  dan ragi untuk membuat roti sebelum siap  di bakar menjadi roti. Harga bagi mesin unik ini ialah antara AS$560 sehingga AS$670.

PEN MINI 5 DALAM 1
Pen ini adalah salah satu alatan terbaik yang berada di pasaran. Kamera pengintip yang terdapat pada pen ini adalah salah satu kamera yang terkecil di dunia yang turut digunakan di dalam filem James Bond. Pen ini turut dilengkapi dengan mikrofon yang membolehkannya untuk merakam suara di sekitar 15’ bersama-sama dengan rakaman digital yang jelas. Gambar yang diambil ini boleh dikumpulkan secara diam-diam dan seterunya mampu membantu polis dan mahkamah untuk mendapatkan bukti dalam beberapa situasi yang tidak biasa. Dengan sentuhan satu butang, kamera ini akan mula merakam secara diam-diam dan diakhiri dengan menekan butang itu sekali lagi atau apabila memori sudah penuh. Namun, dengan kad flash 4GB yang disediakan, para pengguna tidak perlu risau walaupun bagi seorang detektif. Setelah data yang direkodkan dalam format AVI, cukup dengan hanya menyambungkan USB dari pen ke sebarang komputer atau komputer riba dan memainkan fail video dalam Windows Media atau perisian yang lain.

REFLEKSI 9

Pada minggu lepas, setiap pelajar dikehendaki untuk membentangkan segala tugasan yang telah diberikan seperti 10 gambar teknologi bersama penerangan, 10 video dan satu rekaan kulit buku. Pembentangan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk membuat penambahbaikkan terhadap tugasan mereka sebelum dihantar. Namun pada minggu ini hanya tiga pembentangan yang dapat dilakukan. Melalui pembentangan itu, pelajar lain turut dapat membuat penambahbaikkan terhadap tugasan masing-masing

Kuliah pada minggu lepas telah membincangkan tentang penyampaian berkesan. Kaedah amat diperlukan oleh seorang pendidik bagi memastikan setiap pelajar memahami apa yang diajar dan diberitahu di dalam kelas. Penyampaian yang dilakukan hendaklah mudah difahami, menarik didengar, memberi ilmu baru kepada setai pelajar, dapat membangkitkan emosi pelajar, dapat memberi impak terhadap pemikiran para pelajar dan interaktif. Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran seperti model face-to-face dan model 4 peringkat. Namun perbincangan pada minggu ini masih lagi belum tamat dan akan diteruskan pada minggu yang seterusnya.

BIODATA DIRI

NAMA                          :           W NOR IZZATI BINTI WAN MOHD NORSANI

NO MATRIK             :           A 126812

PROGRAM                :           PENDIDIKAN KIMIA

TAHUN PENGAJIAN          :           TAHUN 2

SESI PENGAJIAN  :           SEM 2, 2010/2011

HARI, MASA DAN TEMPAT TUTORIAL            :           JUMAAT,

9 PAGI – 11 PAGI

LAB 4

ALAMAT KOLEJ   :           KOLEJ PENDETA ZA’BA

ALAMAT KG           :         KUALA TERENGGANU

AZAB BAGI WANITA

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, iakeluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.