Archive for February, 2011


REFLEKSI 6

Pada hari ini, kelas tutorial telah berjalan secara tidak formal kerana kami hanya berbincang mengenai tugasan kumpulan iaitu penyediaan video dan laporan. Hal ini berikutan daripada sambutan Maulidur Rasul yang di anjurkan oleh pihak universiti pada hari ini. Maka ramai pensyarah yang turut serta dalam sambutan tersebut. Kami telah membuat plan atau gambaran bagi menjalankan rakaman video kami tersebut. Setiap ahli kumpulan telah diberikan tugasan masing2masing.  Namun kuliah masih lagi berjalan seperti biasa. Pada hari ini, kami telah mempelajari tentang Model ASSURE. Model ini lebih menumpukan kepada taknik atau cara yang perlu para guru ikuti bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Advertisements

TEKNIK POWER POINT CASPER

CASPER??? Apa itu CASPER itu sebenarnya. Pada mulanya saya hanya dapat membayangkan cerita kartun yang mengisahkan tentang kehidupan hantu yang bernama Casper. Namun ternyata jangkaan saya itu salah sama sekali. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

Contrast (Pebezaan yang Ketara)

  • Penggunaan warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang)

  • Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

  • Kelebihan

  1. Membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan

  2. Membezakan dua item yang berlainan

  3. Menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.

Alignment (Susunan Lurus)

  • Menyusun item supaya ia kelihatan seimbang

  • Mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain

Simplicity (Mudah)

  • Ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.

Proximity (Berhampiran)

  • Mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan pengguna memahami kesinambungan yang wujud

Emphasis (Penekanan)

  • Menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.

  • Tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan

Repetition (Pengulangan)

  • Mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian.

Refleksi 5

Pada minggu ini, saya telah diperlihatkan beberapa contoh video yang boleh dihasilkan bagi tugasan berkumpulan. Terdapat beberapa jenis video yang dapat dilakukan seperti video demonstrasi, karaoke dan dokumentari. Setelah melihat semua contoh yang diberikan, kami telah berbincang untuk menghasilkan video kumpulan kami. Terdapat beberapa idea yang telah diutarakan namun masih tiada kata sepakat yang dapat dicapai. Akhirnya kami telah bersetuju untuk mengadakan satu lagi perbincangan pada keesokan harinya untuk mencari kata putus bagi tugasan berkumpulan kami. Selain itu, kami juga telah menunjukkan borang kaji selidik yang telah kami sediakan bagi tujuan penambahbaikkan.

Di dalam kuliah, kami telah diberi tugasan untuk mancari teknik power point casper. Teknik ini dapat memudahkan lagi penggunaan power point bagi tujuan pengajaran pada masa akan datang. Selepas itu, kami dipertontonkan dengan dua video berkenaan dengan cabaran dan pengalaman yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di pedalaman. Ternyata menjadi seorang guru adalah amat mencabar. Guru-guru tersebut terpaksa menghadapi pelbagai halangan yang amat mencabar sebelum sampai di sekolah. Antaranya adalah, mereka terpaksa merentasi sungai yang dipenuhi dengan kayu yang terapung dan terpaksa mendaki bukit selama 8 jam sebelum sampai di sekolah. Pada mulanya saya tidak berhasrat lansung untuk mengajar di tempat-tempat seperti itu. Namun setelah melihat semangat anak-anak di sana yang dahagakan ilmu, saya menjadi lebih bersemangat untuk turut mengikut jejak langkah para guru tersebut. Alah bisa tegal biasa. Itulah perumpamaan yang dapat saya katakan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru-guru tersebut. Tiada halangan yang dapat menghalang para guru untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna di masa hadapan dan sekaligus meribah cara hidup keluarga mereka kepada yang lebih baik dan sempurna.

Refleksi 4

Pada Jumaat lepas, saya telah menerima pensyarah yang baru iaitu Majer Jasmy bagi kelas tutorial saya. Di dalam kelas ini, saya telah diberitahu tentang tugasan yang perlu dilakukan bagi kursus ini. Antaranya adalah mencari 10 gambar, 10 video, membuat laporan secara berkumpulan dan membuat satu video secara berkumpulan juga. Kami juga turut diberikan beberapa contoh tugasan yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar lepas sebagai contoh dan rujukan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Ketika kuliah pula, saya te;ah diberi pendedahan tentang teknik-teknik mengambil gambar, cara-cara mengambil gambar dan etika sepanjang proses pengambilan gambar. Antara teknik yang dapat digunakan ialah top view, long shot dan close-up.

Refleksi 3

Pada minggu lepas, kami telah belajar berkenaan tentang teknik-teknik mengambil gambar. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan seperti long shot, medium shot dan close-up. Selama ini tanpa disedari saya telah menggunakan pelbagai jenis teknik seperti teknik long shot dan close-up. Teknik-teknik yang diajar ini mampu membantu saya menyelesaikan tugasan berkumpulan yang telah diberikan kepada kami untuk membuat satu video mengikut kreativiti kami.