Pada minggu ini, saya telah diberi peluang untuk mengemaskini akaun saya. Saya telah melakukan sedikit perubahan disamping menerokai dengan lebih mendalam penggunaan wordpress ini. Selepas itu, saya telah difahamkan tentang pengajaran yang berkesan yang perlu dikuasai oleh setiap guru. Proses ini merupakan satu landasan bagi mendedahkan saya dan rakan-rakan kepada teknik pengajaran yang betul sebelum menjadi seorang guru di masa hadapan. Terdapat satu teori iaitu teori Assure yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi memulakan pengajaran pada peringkat awal ini. Namun perkara yang paling penting adalah kita hendaklah membetulkan niat kita dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti. Semua aktiviti akan berjalan dengan lancar jika niat kita adalah betul dan tidak menyeleweng daripada jalan yang benar.