Minggu ini telah bermulanya ujian pertengahan semester. Masing-masing sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Walaupun diri sibuk dengan persediaan peperiksaan, pasti tidak lupa juga dengan cuti pertengahan semester yang bakal kunjung tiba pada hujung minggu ini. Maka sekarang semua berada dalam mood peperiksaan dan cuti. Sangat berbeza bagi keduanya. Namun peperiksaan adalah lebih utama. Peperiksaan ini dapat membantu memperbaiki markah pada peperiksaan akhir nanti. Seperti tidah percaya bahawa sekarang telah berada di pertengahan semester. Dan sudah pastinya tidak lama lagi akan berakhirnya tahun pengajian bagi sesi ini. Begitu cepat masa berlalu. Bak kata pepatah, “masa itu emas”. Maka gunalah masa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah.