Archive for January, 2011


Refleksi 2

Pada minggu ini, saya telah diberi peluang untuk mengemaskini akaun saya. Saya telah melakukan sedikit perubahan disamping menerokai dengan lebih mendalam penggunaan wordpress ini. Selepas itu, saya telah difahamkan tentang pengajaran yang berkesan yang perlu dikuasai oleh setiap guru. Proses ini merupakan satu landasan bagi mendedahkan saya dan rakan-rakan kepada teknik pengajaran yang betul sebelum menjadi seorang guru di masa hadapan. Terdapat satu teori iaitu teori Assure yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi memulakan pengajaran pada peringkat awal ini. Namun perkara yang paling penting adalah kita hendaklah membetulkan niat kita dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti. Semua aktiviti akan berjalan dengan lancar jika niat kita adalah betul dan tidak menyeleweng daripada jalan yang benar.

Advertisements

Pada minggu lepas, saya telah diberitahu tentang cara-cara untuk membuat akaun wordpress secara serba sedikit. Bagi saya, ini adalah pertama kali saya mendengar wordpress. Setelah melihat serba sedikt panduan yang telah diberikan, saya telah membuat akaun saya sendiri. Ternyata amat mudah untuk melakukannya. Namun selepas itu, saya menghadapi sedikit kesukaran bagaimana untuk menggunakannya. Tetapi setelah menerokai serba sedikt mengenai wordpress ini, maka inilah hasil yang terjadi. Kemungkinan penambahbaikan dapat dilakukan pada masa hadapan. Pada minggu lepas juga kami didedahkan tentang cara untuk melakukan satu video ringkas. Pada peringkat awal ini, saya dan rakan-rakan hanya memikirkan cadangan bagaimana untuk melakukan video tersebut.

Midsem Exam & Holiday

Minggu ini telah bermulanya ujian pertengahan semester. Masing-masing sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Walaupun diri sibuk dengan persediaan peperiksaan, pasti tidak lupa juga dengan cuti pertengahan semester yang bakal kunjung tiba pada hujung minggu ini. Maka sekarang semua berada dalam mood peperiksaan dan cuti. Sangat berbeza bagi keduanya. Namun peperiksaan adalah lebih utama. Peperiksaan ini dapat membantu memperbaiki markah pada peperiksaan akhir nanti. Seperti tidah percaya bahawa sekarang telah berada di pertengahan semester. Dan sudah pastinya tidak lama lagi akan berakhirnya tahun pengajian bagi sesi ini. Begitu cepat masa berlalu. Bak kata pepatah, “masa itu emas”. Maka gunalah masa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Welcome…..^_^

Ini adalah kali pertama bagi saya menggunakan wordpress. sebelum ini saya hanya mengetahui tentang blogspot sahaja. jika dilihat secara kasar, wordpress ini mempunyai fungsi yang sama dengan blog. namun sebenarnya terdapat kelainan antara keduanya. mungkin selepas ini boleh terokai lagi wordpress ini untuk tujuan penambahbaikkan di masa hadapan.